Saturday, November 29, 2008

Si An dan Si Be

"kat kawasan rumah aku, petang petang macam ni, selalu je ade mak cik cina bawak anjing dorang jalan jalan kat depan rumah aku. comel gila anjing dorang" sepupu lelaki berkata.

"eh. haram lah anjing tu." sepupu pempem membalas.

"itu la pasal. hari tu ade mak cik ni bawak anjing dia kuar jalan jalan. anjing yang kulit muka dia rebeh rebeh tu la. anjing tu bekeng sikit. tapi semalam ada sekor anjing ni. kecik gila, mak cik cina tu tambat tali kat tekak dia. bawak dia jalan jalan. comel gila." sepupu lelaki membebel lagi.

"eh. ko jangan nak bela anjing. aku tak mengaku sepupu baru tau." sepupu pempem cuba mengugut.

"ape jadahnya aku nak bela anjing. cuba ko tengok, kalo kat sini orang tambat tali kat anjing, kat kampung orang tambat tali kat lembu. kat sini orang bawak anjing jalan jalan. kalo kat kampung, orang bawak beruk jalan jalan naik moto. eh. maknanya beruk lagi bes la kan? naik moto. takpun basikal." sepupu lelaki membebel lagi.

"ko tau kenapa pakcik pakcik, abang abang tu semua bawak beruk dorang kuar jalan jalan? mak aku kata. beruk ni memang kena bawak gi jalan jalan. kasi minda dia terbukak sikit. kalo ko tak bawak dia jalan jalan, dia terkurung. nanti dia jadi bekeng. penyakit kemurungan datang. nanti dia mengganas. bahaya. kalo tak, ko ingat dorang tu nak ke bawak beruk tu kuar jalan jalan keliling kampung? buat malu ade lah. sepupu pempem memulakan diskusi.

"oo.. sebab tu la mak cik pak cik cina selalu bawak anjing dorang keluar jalan jalan ye? takut nanti anjing dorang tiba tiba jadi bekeng la? ooo. baru aku tau. kalo gitu, aku nak bela harimau la. aku bawak dia jalan jalan. biar jinak sikit. harimau pun comel ugak. kan?"

Friday, November 28, 2008

Tag dan Award.

tag ke 10; dari cik eda yang bes

1.The last person to tag you was ?
cik eda yang Bes

2. Your relationship with him/her ?

rakan se'blog'


3.Your 5 impressions towards him/her ?
comel. unavailable. manja. kecik dan kurus macam saya. heheh~

4. The most memorable thing that he/she has ever done for you ?

apa ya? tade lagi. maybe nanti kot dia nak ajak saya pegi makan free. mana nak tau kan. aha~


5. The most memorable words that he/she has said to you ?

arr.. lagi nak lupa. boleh check kat ruang chat box. huhu~


6. If he/she becomes your lover, you will...
cepat cepat bertaubat. ape jadah nye ber'lover' dengan seorang gadis. maunye pastu kena lempang ngan encik kamal dia.

7. If he/she becomes your enemy, you will...

"buang yang keroh, amek yang jernih, lidah lagi tergigit. inikan pula kita teman se'blog'."

8. If he/she becomes your lover, he/she has to improve on....

her skill. to be a playgirl. yeah. me and kamal. bermadu. ngeh~ngeh~ngeh~


9. If he/she becomes your enemy, the reason is...
dia terlalu comel. wink~

10. The most desirable things to do for him/her are..

saya akan.. arrr.. arr... *speechless.


11. Overall impression towards him/her is...
comel dan unavailable. i mean, taken. heheh!


12. How do you think the people around you will feel about you ?
saya teruk, kot?


13. Who is your ideal ?
like i said before. Farhana.


14 What do you hate about yourself ?
saya kurang bijak.


15. For the people who care for you and like you,
thanks. dan sori kalo ade buat sakit hati. dan, hey. jum pegi terengganu. nanti saya suruh mak saya masak sedap sedap. oke?


16. 5 people to tag:
tade sesiapa. bagus bukan? anda semua boleh menarik dan menghembus nafas lega. ;]



tag ke 11 ; tag dari adik faqiha yang bes ;]

my top 10 most favourite foods
1. ais kerim
2. cokelat berkacang.
3. kue tiau goreng
4. tomiyam
5. ikan goreng kerisi
6. kailan masak ikan masin
7. ayam goreng
8. donat
9. burger chicken mcdeluxe
10. nasi putih

10 things
I love doing
1. ber'internet'
2. makan cokelat
3. tido
4. menyanyi
5. berborak
6. menonton cerita ceriti
7. bermesra dengan kucing
8. membaca buku.
9. ber'hangout'
10. menonton wayang

5 things I love doing whin I'm emo
1. makan cokelat
2. mendengar lelagu.
3. tido
4. melalak lalak dan membebel
5. menunjuk perasaan.

5 things I love doing when I'm happy
1. saya menyanyi. walau dikutuk.
2. gelak secara tiba tiba
3. saya akan menjadi baik yang amat.
4. saya akan amek gambar diri sendiri. heheh!
5. kenakan kawan. hahaha!

5 thing I wish to happen
1. menjadi seorang bijak pandai
2. dapat anugerah pelajar terbaik.
3. dapat sambung belaja di 'sana'
4. ada orang derma duit 1 juta.
5. saya nak family saya jauh dari bencana.
my most top 10 addicted playlist
1. what that you get - paramore
2. fall for you - secondhand serenade
3. lucky - jason mraz
4. gadis elektrik - mohd jayzuan
5. si dia - JGO
6. stay - estrella
7. how does it feel - avril lavigne
8. hot and cold - kate perry
9. lovebug - jonas brother
10. better in time - leona lewis

5 person
I wish to tag
1. kak hanie
2. cik manis
3. asna cute
4. dhada
5. dan kepada sesiapa yang nak buat. hehe!


Tag ke 12; dari encik diktator.

secara tidak sengaja. saya telah ditag oleh beliau.

1.Tangkap @ sertakan 3 keping gambar anda yang anda rasakan paling Sexy.
2.Tak semestinya tak berpakaian atau mendedahkan..mungkin anda rasa
senyuman anda masa itu adalah sexy..sertakan!!!
3.Nyatakan kenapa gambar itu begitu sexy di mata anda?

4.Tag 5 rakan-rakan anda yang sexy

5. Selamat bersexy!!





sexy sebab ade terbukak sket kat baju bawah tu. hahaha! erk. ke seksa ni?


aksi menahan muka. sungguh sexy. bagi saya. sebab tu jarang gaya ini saya aksikan.



sexy dengan kenyitan mata yang dibuat buat. tapi saya pun tak tau ape motif gamba ni wujud.


sape rasa dia sexy, sila buat tag ni. heheh~


*hasil dari teguran baik encik razifembi, saya berdoakan pada Allah semoga diampunkan segala dosa saya. lantas saya tukar gamba baju berkelawar itu. thanks kepada beliau. semoga mendapat keberkatan. ;]

Award dari Cik Manis Leting

3 juta ucapan trimas buat cik manis leting. begitu gitu dan kental dalam memberikan saya 2 buah award. betul betul CELEB. heheh~






award yang comel ini mesti disebarkan kepada 7 orang. oleh kerana award ini kelihatan sungguh comel, maka hanya cik gadis aje yang dapat. yang lelaki. sori ya. si gadis itu iaitu;
1.dhada yang bes.
2.cik eda yang bes.

3.babyjane yang bes.

4.laluna yang bes.
5.kak hanie yang bes.

6.kak yanie yang bes.

7.miellza yang bes.


Award dari e-leeyana yang Bes

3 juta ucapan trimas ugak buat e-leeyana. macam tau tau je saya suka kaler hijau. begitu mesra alam. ;]









Thursday, November 27, 2008

Tolong Saya, Wahai Perwira Perwiri Ku.

sekarang jam 10.21 malam. saya terkebil kebil depan laptop, dengan buku yang terbuka dan segelas neskape. dan saya sedang berusaha keras berfikir dan berfikir tentang sesuatu yang saya agak kurang paham. bukan kurang paham tentang masalah Jelmaan Laplace. tapi saya sedang keliru. keliru dengan perasaan diri sendiri. saya sedang mengkaji apa nama perasaan yang saya rasa sekarang ini, perasaan bila kita nampak housemate kita pakai baju sama macam baju kita? padahal baju tu da berkurun lama kita guna. tiba tiba semalam kita nampak dia pakai baju sama macam kita. perasaan bila kita bagi dia pinjam beg kita, tiba tiba dia beli beg yang sebijik sama macam beg kita kasi pinjam tu. perasaan bila kita membebel bebel cerita kat dia yang kita nak pakai baju tu masa open house nanti, tiba tiba masa hari open house tu dia pakai sebijik sama macam yang kita bebelkan. perasaan bila housemate kita tiru gaya kita. arrr.. apa nama perasaan ini. marah? oh tidak. kerana ini semua adalah hak asasi. tapi, kenapa mesti sama? geram? oh tidak juga. kenapa harus saya geramkan? huh! saya kurang pasti dengan perasaan ni. boleh anda semua bagitau. perasaan apakah ini?

Wednesday, November 26, 2008

Kami Suka Berborak II



*mrblind : ini lah Ayu, A bukan bf gua. gua masih sejati. wanita diluar sana, anda jangan risau.

berita TV


A : sape yang meninggal tu?

F : ntah, dah la bahasa mandarin. yang aku paham, dia kata dia sayang kat orang tu.

A : orang kenamaan cina meninggal kot? sami kot yang meninggal? sami tertua kot.

F : hoh? sami tertua meninggal? sami terbotak kot meninggal.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

A : nak order air ape?

F : hurmm. aku nak air yang boleh buat aku bijak. ada tak?

A : hah? ada. ada.

F : air ape?

A : air tomato.

F : bijak ke minum air tomato? jadi comel ade la. aku nak air bijak. bila minum jadi bijak. kan kita nak exam, kena la bijak.

*terdiam.

F : bang, air bijak satu?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

F : zaem, tau tak air pe yang boleh buat kita jadi bijak?


Z : air bijak?

F : yela, orang kata makan kismis selalu boleh buat kita jadi bijak. pandai. kalo air, ada tak air boleh buat kita bijak dan pandai?

Z : oh. air kismis la.

Tuesday, November 25, 2008

Satu Sebab Saya Tak Suka Handpon.

kring kring
kring kring

ah. sape lak neh.
tekan punat merah.
tarik selimut balik.

kring kring
kring kring

nombor ni lagi.
tak kenal pun.
abaikan, tarik selimut balik.

kring kring
kring kring

hish. sape ni.
tekan punat hijau.

bersuarakan serak serak basah.


helo?
helo

ye?
ni sape?

huh? ni sape?
ni nombor farhana ke?

ni sape?
farhana ek?saya nak bkenalan ngan awk.

huh?? eh bukan. salah nombor.
eh. tipu la. ni farhana kan.

bukan lah. salah nombor. oke, assalamualaikum.
eh. jap jap. betul ke ni bukan farhana? sumpah?

bukanlah.
oh sory ganggu.

eh jap. betul ke ni bukan farhana? sumpah? demi Allah?

eh bukan lah!
demi Allah?

bukan lah. aarr.. saya siti. salah nombor.
oh siti.

eh farhana. oo farhana. farhana


farhana mana lak ni. sape farhana ni? saya kata salah nombor lah!
la awak. jangan la marah. awk ni farhana kan? saya nak kenal ngan awk. tu je. salah ke?

memang la marah. kalo saya jadi farhana sekali pun. saya pun tak nak kenal ngan awak. dah la talifon pukul 2 pagi. berkenalan apekebendanya pagi pagi buta ni. perangai macam budak. baru jumpa handpon ke ape ni? tak reti nak tido ke? orang kata salah nombor salah nombor lah! tau tak ganggu orang!

*terputus

Sunday, November 23, 2008

Saya Ditag Dengan Banyak

Saya nak jawab tag ni semua sekali gus. sambil sambil me'rilex' kan otak sekali. esok saya ada ujian Keselamatan Industri.


tag dari cik manis; tag ke 7 yang telah diperap dengan rapi.

rank your most favorite instant noodles from 1 - 5 (include brands and flavors)


1. maggi kari.
sedap. dan berempah. tapi mengugurkan rambut saya. haih!
2. maggi tom yam.
sedap ugak. tapi pedas.
3. maggi asam laksa.
sedap dan masam. i loike.
4. mamee ayam. bila perasaan kanak kanak datang. ;)

5. kue tiau pama.
sedap tapi mahal. sebab tu dia dikedudukan terakhir.


tag dari kak hanie; tag ke 6


7 fakta tentang farhana

* seorang pemalas.
* seorang yg menggunakan kemudahan tangan kanan untuk menulis.
* berat dia tak pernah sampai 50kg
* susah nak marah. tapi bila marah, anda pasti akan terkedu. heheh!
* suka ais kerim. nyum~nyum~
* kedekut tapi suka belanja kawan yang bes makan.

* tak suka jiwang jiwang karat. puisi cinta? erk. jauhkan dari saya.

7 perkara yang menakutkan farhana di dunia
* dibuang dalam laut. saya tak reti berenang.
* dikepung dengan segerombolan geng lipas.
* bertemu dengan badut. menakutkan!
* kehilangan orang yang tersayang.

* dirompak, diculik, diperkosa dan dibunuh.
* pergi tanpa sempat minta maaf dengan semua orang.
* digoda dengan tomboi. aarrggh! geli seleman seh.

7 lagu buat masa sekarang

* Lucky - Jason Mraz
* Thats What You Get - Paramore
* Honey - The Hans

* Tiada Lagi Cinta - Lydia's Diery
* Mama - Lydia's Diery
* Lovebug - Jonas Brother
* Gadis Elektrik - Mohd Jayzuan

7 perkara selalu sebut

* alhamdulillah
* amin
* owh. oke
* siot siot siot punya siot.
* tapi dia ada awek.
* bodo betul.
* cacat eh?

7 perkara yang amat bernilai

* diri saya.
* family saya.
* baby blue saya.
* kawan kawan saya.
* kenangan saya.
* cinta saya.
* ilmu


7 pertama kali dalam hidup farhana
* berjauhan dengan mak abah. iaitu dapat belaja di sini.
* kehilangan seseorang dengan terlalu cepat dan tidak disangka.
* arr... lupa.
* juga lupa.
* masih lagi lupa.
* sentiasa lupa.
* memang seorang pelupa. heheh!

7 org bertuah menjawab tag ni

saya tak nak tag sape sape. huhu.

SILA SERTAKAN GAMBAR TERBARU ANDA!


[abaikan gambar ni]


tag dari kak hanie ugak; tag ke 8

1. What is the relationship of you and him/her?
him? oh. kawan yang saya sayang.

2. Your 5 impressions towards him:
baik. ada 'ayam'. unexpectable. cepat berkecil hati. gentlemen.

3. The most memorable things he/she had done for you.
dia ada disisi bila saya bersedih.

4. The most memorable things he/she have said to you?
arr.. saya lupa. eheh!

5. If he/she become your lover, you will…
saya akan. err.. saya tak tahu. saya begitu blank about love. oh!


6. If he/she become your enemy, you will…
saya akan buat strategi pemasaran. strategi jual gambar dia. heheh!

7. If he/she become your lover, he has to improve his/her...
improve diri sendiri. check balik hati tuh. tak mungkin kita boleh ber'lover'. aha~

8. If he/she become your enemy, the reason is…
mana la nak tau. huhu. cuba la wat hal. aha~~

9. The most desirable thing to do on him/her is?

dia punya personaliti. eheh! begitu yunik bebeh.

10. The overall impression of him/her is…
dia macam Pak Su saya.

11. How do you think the people around you will feel about you?
saya jahat? saya baik? entah? apa kata anda semua?

12. The character of you for yourself is?

optimistik. indipendent ;] puji diri sendiri. heheh~

13. On contrary, the character you hate of yourself is?
pemalas ya amat!

14. The most ideal person that you wanna be is?
Farhana. aha~~

15. For the people who likes you, say something about them.
saya pun suka awak. ;]


16. Ten people to tag:
saya tak nak tag sapa sapa pun.

17. Who is no. 2 having a relationship with?
......

18. Is no. 3 a male or a female?
.....


19. If no. 7 and no. 10 were together, would it be a good thing?
........

20. How about no.5 and no.8?
........

21. What is no. 1 studying about?
......

22. Is no. 4 single?
......

23. Say something about no. 6
......


tag dari dhada;tag ke 9


1) do you think you're hot?
saya tak hot.

2) upload ur favourite picture of u.


3)Why do you like that picture?
banyak kenangan yang terselit.

4)When was the last time you ate pizza?
arr.. beberapa bulan yang lepas. thank kepada Pak Cik Nik sebab belanja kami. ehu~~

5)The last song you listened to?
Avril Lavigne - How Does it feel

6)What are you doing right now besides this?
Membelek nota Keselamatan Industri. esok ujian 2.

7)What name would you prefer besides yours?
Saiko binti Yuna. comel kan?

8)People i tag:
tade sape. baik bukan saya ni?


*saya tak tag orang sebab saya sedang dilamun exam.

kisah farhana

farhana betul betul dalam kondisi yang agak kurang bes. buku buku yang bertimbun timbun atas meja stadi, buat dia tertekan. soalan final tahun tahun terdahulu yang berselerak, betul betul menyekat kebebasan dia. ah. dia betul betul harapkan minggu exam ni akan berlalu dengan cepat.

farhana : eh, mana boleh. ape pun tak study lagi neh. ayark.

ya, apa pun dia tak redi lagi. petang tadi, dia memulakan operasi memerah otak. membaca, menulis, mengira. semua kaedah pembelajaran dia gunakan. demi untuk mendapatkan secebis ilmu. tapi, taukah anda semua. kenapakah kali ni dia begitu tekad dan gigih? jika diimbas kembali, semester lepas. dia bersukaria menonton wayang tatkala rakan rakannya bizi menelaah dan memerah otak. dia ber'ym' ketika rakan rakannya sibuk membuat latihan matematik. tapi semester ni? hurmm. ini semua adalah akibat dan penangan dari result dia yang agak teruk. pembetulan, result dia yang memang teruk. ini semua tak dapat dinafikan lagi, bila hampir semua ujian kecik dia bermarkahkan bawah 70. teruk bukan? keadaan dia sekarang ini ibarat kapal titanic yang hampir karam. sebab tu, untuk kali ini dia berubah menjadi seorang perajin. perajin yang amat. kalaulah mak abah dia tengok kondisi dia sekarang. pasti mak abah dia berbangga. bangga mempunyai anak yang perajin. tapi dapatkah farhana menangani semua ini dalam masa hanya beberapa hari. dalam beberapa hari dia terpaksa meng'cover' semua subjek yang telah dia pelajari? dapat kah? tensem kah dia nanti? apakah yang akan berlaku?

farhana : yih! apa nak buat neh. ada berapa hari aje lagi. boleh ke neh? tensem nya. takpa. takpa. apa apa pun. esok pagi saya pegi pasar pagi dulu. boleh beli makanan sambil cuci mata sambil cuti otak sambil rilis tensen. so, takkan tensem lah nanti.

good good. inilah farhana, farhana memang seorang yang bijak mengatur langkah. memulakan pagi dengan pasar pagi. oke. esok pagi farhana akan gerak ke pasar pagi. tapi sekarang da pukul 5 pagi. bila masa farhana nak tido? bila masa dia nak bangun pegi pasar pagi?? ini akan menjadi satu masalah yang besar kerana farhana memang seorang yang memerlukan waktu tido 8 jam untuk mendapatkan satu tido yang nyenyak dan lena.


* 5am + 8jam = 1 tengahari.

agak agak, jam 1 tengahari tu pasar pagi ada lagi tak?

Thursday, November 20, 2008

Saya Mendapat Award Berasaskan Tag.

pagi tadi, dalam keadaan mamai mamai saya bukak tiptop saya. dan suasana pagi saya agak kepelikan dimana saya telah diumumkan sebagai penerima award. dan penerimaan award ini harus digembar gemburkan kepada semua pihak. saya pun tak pasti akan tujuan nye tapi saya yakin dan pasti. ini semua adalah untuk menyebarkan kepada semua blogger yang saya telah mendapat award sekali gus kasi jeles pada blogger lain yang tak dapat award neh. dan kepada cik pensel kaler luna yang warna warni. ucapan trimas dihulurkan bersama jalur pelangi saya berikan. semoga cik luna makin warna warni.

pendek berkata;

AWARD NI CIK LUNA YANG BAGI



tapi saya tau, mesti ada blogger diluar sana yang teringin nak dapat award macam saya neh. dalam hati masing masing mintak saya sebarkan award neh kat dorang. aha. untung sekali, award ni memang harus disebarkan ke seluruh pelusuk dunia blog. begitu banyak calon tapi hanya 4 yang dipilih. and the winners are;


sekali ada syarat syarat lak. takpa takpa, saya memang seorang yang berdisplin maka saya turuti syarat syarat neh sume.



*namun award ni tak dapat menghalang saya dari ponteng kelas. tadi pagi kepala dan perut saya bekerjasama membuat onar. tak kasi saya gi kelas. sori encik pensyarah, tadi last kelas saya tak dapat hadir. jangan rindu saya.

Wednesday, November 19, 2008

Mat Kool

petang tu saya dan si dia berdating di pinggir pantai. wah. angin sepoi sepoi bahasa meniup rambut saya. ibarat model syampoo. haih! perasaan masa tu sungguh bahagia. apatah lagi dengan si dia yang tersayang. saya main lari lari di tepi gigi pantai. saya main simbah simbah air laut dengan si dia. sekali... opps.. abes basah kuyup si dia saya simbahkan. apa lagi, si dia kejar la saya. saya lari pecut 100 meter. si dia dapat tangkap ugak. macam tu la nasibnya kalo dapat si dia yang berkaki panjang. kami sambung main lari lari anak di tepi pantai tu.

saya jumpa satu ranting kayu yang kurus lalu saya tulis nama kami berdua atas pasir tu. kami ukir nama kami di satu pohon besar di situ. kami bergambar bersama sama sebagai cakera indah kami. kami bina rumah istana pasir bersama sama. tibe tibe, ombak datang tanpa bagi bunyi hon. terus roboh kan istana kami berdua. tak sempat diselamatkan. si dia kata, walaupun angin badai datang sekali pun 'istana' kami tetap akan kukuh. walaupun taufan datang melanda, cinta kami tetap kuat. masa tu, perasaan saya sungguh enak. bahagia dan sedap.

tiba tiba terdengar sayup sayup lagu hindustan. saya pandang si dia, si dia pandang saya dengan wajah berkerut. bahu kami sama sama bergerak. kaki kami sama sama berdetak. tiba tiba si dia saya bertukar pakaian lalu nyanyi ikut tempo lagu hindustan tu tadi. lagu kuch kuch hota hai gamaknya kot. dan saya? saya tak pasti bila saya bertukar menjadi kajol. kami berdansa bersama sama. shah rukh khan dengan kajol pun jeles tengok gandingan mantap kami ni. tiba tiba musik lagu kuch kuch hota hai bunyi nye da lain macam. agak terlebih rancak. maybe versi remix kot. saya sambung guling guling lagi. dari pohon kelapa ke pohon rhu. kali ni bunyi musik rancak tu makin dekat dan terang. betul betul terang sampai kan saya boleh ingat lirik nya.

mat kool mat kool kawanku
mari kita ikut mat kool
main main selalu
syok nya syok nya ada mat kool

time tu ugak saya tersedar dari tido. ceh pakcik neh. menganggu ketenteram tido saya!

Monday, November 17, 2008

Tahniah, Penceramah!

tiupan angin pantai buat kaki saya berat untuk melangkah. pasir pasir pantai ni macam nak pegang kaki saya saja. eh pasir, jangan la macam neh. saya sedang berjogging . bukan masa untuk bermain tanam tanam kaki macam dulu oke? jangan ingat saya tatau apa tu berjogging. Saya pernah berjogging dan tau macam mana itu berjogging. lari lari anak dengan gaya yang macho dan tuala kecik tergantung dileher. tu la berjogging. saya berjogging disepanjang pantai itu. bersama budak kelas saya. saya lupa apa nama dan tempat pantai tu.

petangnya. lepas solat saya pegi dengar ceramah motivasi. fail dah bawak. buku nota kecik dan pen? oh. ada dalam fail. fail ni mereka yang bagi. mereka? mereka la. mereka yang anjurkan kursus motivasi ni. oke, handfon pun dah ada. oh. cokelat. jangan sampai terlupa untuk bawak 'ubat' sedap neh. ceramah motivasi bermula dengan cerita tentang pengorbanan dan harapan mak abah kita. harapan mereka untuk lihat anak mereka melambung topi di depan dewan kelak. harapan untuk lihat anak mereka berjaya. mak abah, doakan saya berjaya dalam pelajaran ya. kemudian tempo motivasi da beralih arah bila mereka menceritakan tentang kisah anak yang derhaka terhadap ibu. derhaka pada pergorbanan mak abah.

keadaan makin kusut bila si penceramah mengandaikan saya akan mati dan tak sempat bermohon ampun dengan mak abah. mereka mengandaikan pula saya tak sempat bertemu dengan mak abah buat kali terakhir. haih. mentang mentang la kursus ni jauh dari rumah saya. kemudian dia paparkan cerita arab. cerita si anak yang mencaci maki maknya yang cacat penglihatan. erk. kenapa encik tu sungguh berani bermain dengan perasaan saya. teruk betul. anda sume pernah pergi kursus motivasi yang dengan sengajanya membuatkan kita berasa sungguh derhaka dan jahat terhadap mak abah kita? tak cukup dengan cerita cerita arab yang sedih. mereka pasang lagi cerita cerita yang mmengisahkan pengorbanan si ibu dalam iklan tv raya. mereka bermain lagi dengan perasaan saya dengan lagu lagu sedih. lagu sudirman. lagu aeman. huh. nasib baik jiwa saya kental. saya tengok disekeliling. semua dah meleleh sambil lap hingus dengan hujung tudung sambil tulis 'wasiat' untuk mak abah. yang laki? tunduk ke bumi. kawan sebelah saya menangis tersedu sedu. saya paham keadaan beliau yang ketiadaan abah. saya bersyukur masih berpeluang mellihat dan mencium tangan abah. saya usap usap kepala kawan saya. cuba meredakan perasaan yang dah disentuh oleh penceramah tu. nasib baik saya kuat. dengan tiba tiba lagu ibu, nyanyian si mamat berkumandang. lagu tu saya memang blacklistkan dalam MP3 saya. dalam sekelip mata. kawan sebelah saya pula amek tempat mengusap usap kepala saya. heh! penceramah tu da berjaya luluhkan hati saya. tahniah penceramah!

*mak abah, maafkan segala dosa mosa saya. saya sayang mak abah.
tiba tiba rindu gilak kat mak. terus saya berMMs dengan mak.

Friday, November 14, 2008

Kami Suka Berborak.

sedikit terbitan dari perbualan kami. kami memang suka berborak.


[pelakon utama]

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

A : teruk betul la dorang neh. benda macam neh pun nak gaduh, tak malu ke orang tengok.

F : ntah, dah la dah tua. gaduh gaduh dalam parlimen lak. hudoh betul!

A : betul betul. sebab tu aku tak suka amek peduli pasal politik neh. sebab politik la rakyat kita bergaduh. mana nak maju macam ni. konon kata perpaduan.

F : hish. yang jahat tu, kenapa jahat sangat. yang tamak, kenapa tamak sangat. berebut nak pegang jawatan. ntah pape la. double hudoh!

A : yelah. sekarang ni timbul kes anuar ibrahim lak. ntah pape la dorang ni kan?

F : huh? anuar ibrahim? sape tu?

A : anuar ibrahim pun tak kenal ke? ko duk malaysia ke duk kat afrika ni?

F : eh. betul la. tak kenal. anuar ibrahim? sape tu? ke anuar zain?

A : ape lak anuar zain, anuar zain nenek aku pun kenal. penyanyi. ni anuar ibrahim lah!

F : anuar ibrahim? sape tu?

A : teruk lah. anuar ibrahim pun tak kenal. yang parti tu la. ex timbalan PM kita dulu.

F : huh? kenapa ex? eh. anuar ibrahim? yang mana? macam mana aku boleh tak kenal?

A : erk. teruk la. tu pun tak tau!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

A : eh, tu bukan ke junior kita ke?

F : aah la, eh. kenapa dia keja kat sini? bukan ke dia praktikal sekarang ni?

A : part time kot. tapi dia nampak lain la. dalam friendster lain, real nye lain.

F : apa yang lain nye?

A : lain la. dalam friendster oke sket. takde la nampak 'comel' sangat. maybe sebab gambar dia banyak paras dada je kot. tapi lain lah. kan?

*diam seketika

F : tapi dia ada awek.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
F : cuba ko tengok budak baju pink tu?

A : owh. kenapa dengan dia? oke je.

F : dia nampak tua. macam makcik. aku rasa nanti dia tua awal.

A : dia nampak matured lah. eh, cuba ko tengok yang baju hitam tu lak. nampak matured kan?

F : eh. tak lah. dia memang tua dari kita. tapi tak mengaku dah tua.

A : erk. jangan la jujur sangat.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
tambah lagi:

F : Ayu, kita ni kira mengumpat ke?

A : tak. sebab kita bukan cakap benda buruk, kita cakap benda betul. kita jujur. kita berkongsi pendapat.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
*situasi dan ayat adalah lebih kurang sama. kan ayu?

Wednesday, November 12, 2008

Kisah Dongeng

hey kamu semua. haritu saya pegi open house rumah lecturer saya. saya pun konfius sama ada perkataan open house hari raya masih logik untuk digunakan ketika rakyat india di Malaysia sibuk mandi minyak. takpa, kita abaikan saja. janji nasi kerabu dan soto kat umah beliau hari tu sungguh menggiurkan. sepanjang pem'berada'an saya kat umah beliau, saya ada terbaca kisah asal usul nama negeri kita. dan saya yang memang baik hati ini. nak berkongsi cerita walaupun kamu semua da tahu. tapi hanya segelintir negeri saja yang saya dapat kongsi. baik bukan saya neh? ahha!

terengganu.
kisah dongeng 1:
satu masa dulu, satu rombongan dari pahang datang ke terengganu untuk berburu. mereka terserempak dengan satu taring.

"hey tuan hamba, apakah namanya taring itu"
"err.. alah, taring anu.. anu, apekenama haiwan tu ya"

kemudian, mereka berburu lagi.

"wah, rusa. mana tuan hamba dapat rusa itu?"
"rusa ini hamba dapat kat tempat taring anu tadi"

bila disebut sebanyak 43 kali, bunyi nya taring anu itu tadi da macam bunyi terengganu. maka, terlekatlah nama terengganu.

kisah dongeng 2:
nama terengganu diambil sebab cahaya bulan yang terang bersinar sinar kat terengganu. dan masa tu perkataan ganu bermaksud bulan. rombongan dari kelantan berkata;

"terangnya ganu kat sini"


kisah dongeng 3:
nama terenkanu tertulis pada batu bersurat terengganu.

perlis.
sebab ada pokok perlis kat sana. aha! begitu simple dan bersahaja nama negeri perlis diambil bukan? tak perlu kisah dongeng. arr.. tapi pokok perlis tu pokok apa?

perak.
kisah dongeng 1:
diambil semperna nama tun bendahara perak.

kisah dongeng 2:
sebab ada kilauan ikan dalam air yang berkilau macam perak.

kisah dongeng 3:
hasil dari penemuan bijih timah kat perak.

pahang.
kisah dongeng 1:
banyak nama yang timbul sebelum nama pahang digunapakaikan, seperti pang hang, peng heng, pang heng, pang kang, fanhan, panhang. ada yang berpendapat pahang tu bermaksud timah dalam bahasa siam asli. dulu orang siam asli melombong bijih timah kat pahang.

kisah dongeng 2:
ada juga yang berkata. nama pahang diambil dari pokok kayu mahang yang jatuh merentasi antara sg pahang dengan kg kembahang. dulu, pahang dikenali dengan pahang inderapura atau pura sebelum ditakluk oleh melaka.

*bendera pahang adalah bendara yang tertua.

sarawak.
berasal dari nama batang sarawak atau sg sarawak. penemuan arkeologi telah membuktikan sarawak antara negeri terawal didiami oleh manusia di asia tenggara.

sabah.
sabah pernah dikenali dengan nama sudang dan borneo. dipercayai juga nama sabah diperolehi dari tanaman pisang yang dipanggil dengan nama pisang saba. disebabkan dialek orang kat sana, saba tu berbunyi macam sabah. maka nama sabah digunakan.

selangor.
kisah dongeng 1:
nama ni muncul daripada tumbuhan paya bakau yg dipanggil dengan mentangau. pokok ni dulu dijadikan panduan oleh para pelayar sebagai panduan untuk berlayar ke selangor pada masa dulu.

kisah dongeng 2:
ada pendekar yang menamakan tempat tu sebagai selangau sebab ada banyak selangau. tapi jangan tanya saya apa tu selangau. saya tatau apebenda nya selangau tu. kamu tau apa tu selangau?

tambah lagi: petang neh saya free, maka saya search dalam google.

kedah.
kisah dongeng 1:
perkataan Kedah ada persamaan dengan perkataan Kadah atau Khedah yang bermaksud perangkap gajah. Nama purba Kedah ialah Kadaram atau Kalagam. Kadaram bermaksud kuali besar dan kalagam pula bermaksud warna hitam.

kisah dongeng 2:
Kedah dikenali sebagai Khatarai oleh pedagang-pedagang pada zaman dulu kala.


bangi.
Nama Bangi berkaitan dengan bau iaitu 'Wangi' dalam telo Jawa. idulu Bukit UKM adalah sebuah hutan tebal yang dirakyati oleh orang halus. waktu senja, bau wangi akan berbau. dan mak cik mak cik, kanak-kanak akan masuk ke rumah masing masing sebab orang halus tu ada dekat dekat mereka. Menurut buah mulut orang ramai, Dr Harun Din baca jampi di kawasan hutan UKM tu dan bawa orang halus tu dalam bas pegi ke hutan negeri Pahang.

*dr harun din tu sape?

johor.
kisah dongeng 1:
nama Johor diambil dari perkataan Arab "Jauhar" bermaksud "Permata Berharga". sebab dulu ramai pedagang arab yang berdagang kat johor.

kisah dongeng 2:
Johor juga dikenali sebagai Hujung Tanah atau "Gangganu" oleh orang-orang Siam yang bermaksud "Batu Permata".



*kenapa dulu saya tak dapat A1 dalam subjek sejarah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
lemparan ucapan terima kasih saya buat kamu semua yang begitu mengambil berat mengenai tangan saya. wah, tangan saya sungguh terharu dengan kesungguhan kamu semua dalam bertanyakan khabar dia. tangan saya da hampir oke dan sihat sejahtera. dan saya sebagai tuan tangan juga ingin menyebarkan rasa kasih sayang saya kepada kamu semua dengan ucapan terima kasih. terimas ya!

Friday, November 7, 2008

mood tangan saya tak bes

tangan kiri saya tak bes, dah dua minggu macam ni. tapi keadaan semalam agak keritikal dari biasa. mungkin dia mengalami sedikit masalah peribadi. saya cuba bertanyakan masalah dia. saya bawak dia jumpa kawan saya, ayuni. tapi still dia berdiam diri. dia terlalu berahsia dengan saya. tapi saya rasa dia menghidapi kesakitan terseliuh atau mungkin urat saraf dia tak bersambung dengan urat lain. mungkin juga tulang tangan saya dah lari dari kedudukan asal. apa pun, saya harap tangan kiri saya takkan terus bersedih dan sakit. dan takkan memberikan saya masalah kecacatan kekal. amin. akibat dia ugak, saya terkena sedikit tempias ketdakbesan dia.

~saya tak dapat makan dengan sempurna.
~baju baja saya masih terperuk dalam bakul, tunggu masa untuk dimandikan.

~saya tak dapat berpegangan tangan dengan baby blue saya dengan mesra.

~nak bermanja ngan shower gel pun susah. langsung tak bes.


dibalut secara special oleh ayuni ;]

*entry ni memakan masa hampir sejam untuk ditaip. sebab hanya tangan kanan saya yang gigih menaip.

Thursday, November 6, 2008

saya bosan lalu ditag buat kali ke 6.

walopon tag ni untuk mereka yang berstatus double. tapi, demi kak nurul. saya usaha kan jugak ;]

1.When first time you meet him/her?

arr.. masa sekola tingkatan 4. saya pegi kelas dia untuk mengutip nama ahli persatuan usahawan muda. ngeh3~

2.What do you feel?
saya rasa cool, rupenya ada jugak orang hemsem kat sekola saya.

3.If your enemy do anything that you hate, what you will do first?
saya akan kutuk dia kaw kaw. saya peduli apa ngan dia. heh~

4.Give 5 characters that have at you
saya pendiam
saya baik hati
saya jujur
saya penyayang
saya pemalu

*gotcha! anda ditipu sebulat suara.

5.If he/her have broke your heart, what your action?
saya akan buat tatau tapi dalam masa yang sama. saya pasang strategi. cari orang lain. hahah!

6.What character you like toward him/her?
owh. dia seorang yang cool. agak kebodohan. dan mempunyai senyuman yang menusuk kalbu.

7.Who is the name of no.1?

rahasia peribadi, kalo kawan sekola lama baca, mati la. hahah

8.If your lover become your enemies, is it you will hate him/her?
bergantung kepada unsur jenayah yang telah dilakukan. tapi saya masih berkawan baik dengan dia. siap berkongsi tip rahasia kebahagiaan rumah tangga lagi. wah~wah~wah

9.The most memorable thing he/her had done to you?
1 hari lepas kami berpisah. dia datang kelas saya. menunjukkan muka sedih beliau.

10.The most thing that he/her have said to you?

"ana nampak happy dapat clash ngan a***. langsung ta sedih. siap boleh gelak besar lagi" siriyesli sedih gilak masa tu. dia ta paham saya. itu je yang mampu saya kata.

11.To the person that always support to you?

kamu sungguh bes. tiptop. esok datang umah aku, aku suh mak aku masak sedap sedap.

12.5 people to tag...

kali ni, saya bertindak untuk tidak mengetag mana mana blogger. bimbang kalo kalo tag neh akan buat mereka bersedih. macam saya. haih!

*tag neh buat saya terkenang kembali kisah silam saya dengan arwah. saya ta sanggup nak cerita kan kisah saya ngan arwah dalam tag neh. so, saya memilih untuk cerita kisah saya ngan ex saya masa zaman sekola dulu. bagus bukan? mengelat.

Wednesday, November 5, 2008

Saya Lulus Dengan Kelegaan

bila diimbas kembali, kenangan bersama dia. buat saya tersenyum.
bersama encik kamen, sungguh romantika.
kami berduaan dalam kereta putih.
ya, hanya kami berdua. sungguh mendebarkan.
jantung saya berdegup kencang.

pada mulanya, agak kekok dan takut.
tapi senyuman yang dia lemparkan buat saya lebih bersemangat.
kami mula kan perjalanan dengan pertanyaan;

"awak panas tak? kita pasang air con la."


wah, sungguh caring encik kamen neh. begitu mendamaikan.
walaupun saya tak dapat melihat terus ke dalam anak mata dia.
tapi saya tau yang dia ikhlas. betul betul ikhlas dengan saya.
suasana ketika tu agak sunyi dan sepi.
kami biarkan angin luar mainkan lagu melalui tingkap kereta.
tak mampu berkata kata. maybe masing masing kaget atau menumpukan perhatian pada jalan.
terkadang, encik kamen bertanya kan saya soalan cepu emas.
seketika lagi, kami biarkan angin menghiburkan kami. sungguh asyik.
bersama sama menyusuri sepanjang jalan di Setiu.
tapi hati saya kembali berdegup laju. selaju pemanduan saya.
saya lihat diluar tingkap, cuba mencari ketenangan.
bagai kan tak percaya semua ni boleh berlaku.
saya sedang memandu, tanpa mendapat sebarang arahan seperti selalu.
perasaan saya?
bangga dapat pandu kereta ni, siap ada lampu lagi kat bumbung kereta ni.
kereta lain mana ada. hanya kereta yang saya pandu. unik.
sepanjang pemanduan saya,
saya sedar sume orang asek tengok kereta yang saya pandu,
pergh.. kagum betul saya masa tu.

oh ya, saya nampak sungguh macho ketika memandu, penuh tertib dan tatacara.
betul betul melambangkan seorang pemandu yang berhemah.
diserikan lagi dengan kehadiran seorang lelaki yang bergaya dengan spek mata hitam di sebelah saya. siap bername tag lagi, berbaju uniform. encik kamen.
tepat sekali, encik kamen berjawat seorang pegawai.

pok cik dan mok cik memang teringin nak bermenantukan seorang pegawai seperti dia.
tapi saya? saya tak menaruh harapan yang tinggi, saya serahkan segalanya bulat bulat pada tuhan, tapi saya bersyukur ditemukan dengan dia.
saya bahagia kerana dia.
kerana dia, sekarang saya dapat bernafas dengan lega,
kerana dia, malam saya tidak diselangi dengan mimpi buruk,
kerana dia, saya dapat tersenyum lebar lagi,
kerana dia, petang saya begitu indah.
kerana dia, saya boleh bergaya dengan lesen saya.
kerana dia, saya dapat yakin kan mak saya untuk pandu kenari dia.
encik kamen, tangkiyu ya amat!

*untung saya dapat test kereta dengan pegawai JPJ yang baik hati. dia encik kamen sebab dia asek pakai spek itam dia dari pagi sampai petang. tapi dia betul betul baik. dan muda.

buat miellza, gud luck utk esok. tips dari saya, jangan lupe senyum kat encik kamen kamu. aha~

Sunday, November 2, 2008

Saya Budak Jerteh

tadi petang tengok cite BudakKelantan. wah, agak menakutkan. situasi yang amat tegang. udah la watak pempem yang kena tipu itu bernama ana. ayark. tade nama lain ke nak guna. ohOo~ nama saya nama femes upenye. oke. saya memang tak reti nak kumen apa apa jenis cite. yang saya tau, cite ni ada baik dan buruk. kawan saya tanya;

"orang kelantan memang macam tu ke?"

tak sume benda buruk yang datang dari orang kelantan. orang perak,perlis,kedah. sume

sama je. ada yang baik dan ada yang jahat. bergantung pada orang tu, nak pilih jalan mana.

petang tadi balik shah alam. kenapa ada ramai gila mat bangla kat sini. saya rasa macam sedang sambung belaja kat negara bangladesh. bukan kat shah alam. tadi petang naik train pun ada ramai mat bangla. udah la busuk. err. maksud saya wangian dia agak kurang menyenangkan. ah. maybe ugak perkataan wangi tade dalam kamus hidup seorang jejaka bernama mat bangla.
pastu lagi, ade pasangan bahagia dalam train. ya, betul betul bahagia. sungguh bahagia. bermesra mesraan dalam train. sekodeng punya sekodeng, orang seberang upenya. haih. sumenye orang luar. teruknya. saya sedang di Malaysia atau dimana? tadi pagi pun berebut teksi ngan orang seberang ugak. double teruk la. saya rasa, kalo orang luar neh tade. senang je saya nak dapat teksi. dalam train, mesti ada tempat kosong.

tadi pagi makan kat kedai mamak, dia tibai sampai rm 9.70 satu pinggan. gilak betul. ni nasi ke besi. mahal gilak.


*tapi kalo tade orang luar neh, sapa yang nak keja buat rumah batu tinggi tu sume, makcik mana yang nak sapu sampah kat sekolah saya lagi. hurm. perlu ke ada mereka tu sume?